STATUS TERKINI : TELAH DISEWAKAN
Berkedudukan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur, rumah yang berhampiran dengan jarak hanya 10 minit ke KLCC jika menaiki kereta atau motosikal dan hanya 5 minit jika menggunakan perkhidmatan LRT ini mempunyai dua bilik tidur , ruang tamu dan dapur yang berasingan sangat selesa untuk di diami, bersih , selamat dan hampir dengan stesen LRT Jelatek, perhentian bas dan teksi berada di hadapan rumah, ini memudahkan lagi mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan awam ke pusat bandaraya Kuala Lumpur. Rumah ini berada didalam kawasan Keramat berhadapan dengan Jalan Jelatek (Jalan Besar) . Berada di tepi kawasan perumahan (Lot tepi) Blok U, serta bersebelahan dengan Kilang Texas Intrument Keramat membolehkan mereka yang bekerja berhampiran berjalan kaki sahaja ke tempat kerja.
Berkedudukan di tingkat dua (2nd Floor) menghindarkan penyewa dari bunyi bising kenderaan dan orang lalu lalang berdekatan dengan kediaman tersebut. Oleh itu privasi anda akan lebih terjamin daripada sebarang gangguan jiran. Kawasan perumahan ini juga mempuanyai pelbagai kemudahan asas lain seperti kedai makan, pasar mini dan pelbagai kedai serbaguna lain.Sangat sesuai bagi golongan bujang (tidak lebih dari 4 orang) , mereka yang baru berkeluarga, pelajar IPTS yang berhampiran atau eksekutif muda yang bekerja berhampiran pusat bandar Kuala Lumpur atau KLCC, ini akan dapat menjimatkan kos pengangkutan untuk pergi dan pulang kerja.
Maklumat Kediaman :-
- Lokasi : Keramat (Jalan Jelatek) - Tingkat 2 (walk up)
- Aturan Rumah : 2 bilik tidur , 1 bilik air / tandas berasingan , ruang tamu dan dapur yang berasingan.
- Saiz Rumah : 450 Kaki persegi
- Kemudahan : Semi Furnish (kichen cabinet) , Mesin basuh dan Peti Sejuk disediakan , terdapat parking satu kereta (persendirian) dan motosikal di hadapan rumah
- Lain-lain kemudahan (pilihan) : Internet, perabot (sofa , set makan) - bergantung keadaan penyewa (boleh dibincangkan).
- Sewa Bulanan : RM450 sebulan.
- Deposit : 2 bulan sewa dan RM100 untuk utiliti.
- Kekangan : Tidak boleh mengubahsuai rumah atau sebarang kerosakan akan ditanggung penyewa
- Lain -lain maklumat : Baru renovate (gril keselamatan, cat baru, tandas baru , fixture baru) , semua bilik dilengkapi kipas angin.
Untuk Maklumat lanjut sila hubungi Zaidi Ismail di 012-3450329 atau email di urusinsan@gmail.com

4 comments:
emm...xde gambar rumah utk view ke..
Saya pasangan baru berkahwin tanpa anak berminat dgn rumah. Bila agaknya bole tgk umah. Nor 019 228 4664
Saya serius untuk menyewa. Bila bole tgk rumah. Nor 019 228 4664. Kemasukan feb.
Rumah ini telah disewakan
Post a Comment